Tuesday, July 3, 2007

Makmal Komputer SMK Seri Kundang




SMK Seri Kundang (SMKSK) telah dibuka pada tahun 2003 dan makmal komputer yang ada pada masa itu hanyalah merupakan dua buah bilik yang dikhaskan untuk makmal komputer dengan enam unit alat pendingin hawa jenis `hanging`. Terletak di tingkat 3 (paling atas) Blok B.
Pada bulan Disember 2005, makmal komputer SMKSK telah menerima 42 unit komputer, 1 unit server, kerusi meja dan peralatan makmal lain. Sebelum itu, dengan inisiatif Tuan Pengetua pada masa itu iaitu Pn. Azizum Bt. Harun, lantai makmal telah dipasang dengan karpet.
Sehingga pertengahan tahun 2006, barulah makmal tersebut boleh digunakan dengan sepenuhnya dengan akses schoolnet yang telah dipindahkan daripada Bilik Pengetua di Blok D. Selepas itu kelas Literasi Komputer untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 dimulakan dengan bantuan tenaga pengajar yang terdiri dari Penyelaras Makmal Komputer SMKSK dan Penolong Penyelaras Makmal Komputer iaitu En. Pazir B. Zainuddin dan Pn. Mazilah Bt. Ishak.
Kelas Literasi Komputer ini masih diteruskan untuk pelajar Tingkatan 1 pada tahun 2007 yang dikendalikan oleh Pn. Suhana Bt. .......... Disamping itu makmal tersebut juga digunakan oleh guru-guru lain untuk tujuan P&P , mengakses internet, mengisi markah peperiksaan dan perjumpaan Kelab Multi Media SMKSK.